Concept: Coffeeliens

21 October 2009 Posted by rihlah.alasad
Di sini kami ingin berkongsi concept alien yang datang ke bumi semata-mata kerana biji kopi.

Setelah lama berfikir tentang design alien ini (Anas sampai demam), kami telah membuat keputusan untuk membuat konsep yang mudah. Alien-alien mengikut bentuk asas. Untuk alien yang suka memakan biji kopi (coffeeliens), kami membuatkannya berkepala kotak. Untuk alien yang ganas (musuh kepada coffeeliens), mungkin bentuk asasnya bulat-bulat. Kemudian hari ada kemungkinan alien yang berasaskan segi tiga dan sebagainya.



Berikut merupakan konsep-konsep yang sedia ada :


Sekarang ini kami sedang mengusahakan alien ini dalam bentuk 3D. Biasanya kami akan berbincang untuk mendapatkan persetujuan dari segi design 2D. Kemudian kami akan model 3D dan dari situ kami akan melihat semula anatomy character. Tak semestinya design 2D boleh berguna 100% untuk design 3D. Kadang-kala lukisan dah cantik, tapi bila dimodel ke 3D, ianya mungkin kurang sesuai.

p/s: Semasa proses design character, aspek figurine dan merchandising juga perlu difikirkan.

11 Response to "Concept: Coffeeliens"

  1. Anonymous Says:

    This comment has been removed by the author.
  2. awish Says:

    kena bagi alien2 ni makan kopi cap kapal api , bile makan otomatik kena campak gi bulan (macam dalam iklan tv).... maka nanti takdelah alien2 nie brani nak makan kopi ... huhu

  3. AziraOmar Says:

    kiki~~
    alien nie chumel!!~
    ^___________^
    xsaba nak tgk cite neh~

  4. onion Says:

    Terima kasih cik azira. ^^

  5. awish Says:

    duabiji eejean ...bile mau kawen?

  6. onion Says:

    ahahahahahhha =X sabor sabor~~~

  7. Rocky Raccoon Says:

    Tanye Lim Lim!

  8. awish Says:

    lim.... ooo lim....
    dimanakah dikau lim ....?

  9. ikouje Says:

    siapa tu lim?

  10. Rocky Raccoon Says:

    lim = yong pin = ikouje = pakai baju kuning dalam gambar animonsta tu

  11. awish Says:

    hahahaha
    kantoi
    kasi jawab cepat

Post a Comment