Episod Ulangan BoBoiBoy

12 April 2011 Posted by Rocky Raccoon

Kami di Animonsta meminta maaf kepada semua peminat dan penonton BoBoiBoy yang kecewa dengan episod ulangan. Ada kami maklumkan di facebook seminggu sebelum episod ulangan tetapi kesilapan pihak kami ialah kami tidak letak di blog dan maklumkan dengan lebih jelas.

Untuk makluman semua, episod baru BoBoiBoy akan bermula hanya pada Julai sebanyak 4 episod dan baki 5 episod akan bermula pada cuti sekolah hujung tahun ini. Setiap musim hanya ada 13 episod sahaja.

Bagi menjelaskan lagi tentang perlunya episod ulangan, berikut adalah 3 faktor yang perlu ambil kira:


1) Had Kapasiti

Kapasiti produksi BoBoiBoy hanya mampu mengeluarkan 13 episodes setahun. Oleh kerana hanya 13 episodes, jadi memang akan ada episod-episod ulangan bagi memastikan BoBoiBoy dapat berada di kaca TV selama setahun (setahun ada 52 minggu).

Sekarang seramai 27 krew dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan BoBoiBoy. Kapasiti ini agak rendah jika dibandingkan dengan bilangan episodes yang kami perlu hasilkan. Secara purata, satu episode setengah jam mengambil masa 6 - 8 minggu untuk dihasilkan.

Semestinya pihak Animonsta akan menambah ramai lagi krew. Asalnya kami mahu menambah krew untuk dapat menyiapkan siri dengan lebih cepat tetapi selepas melihat kepada permintaan orang ramai terhadap BoBoiBoy The Movie, kami membuat keputusan untuk tenaga baru masuk ke team movie.

2) Kepentingan "Pilot" dan "Season Break"

Pada peringkat awal siri BoBoiBoy ini, kami sebenarnya kurang pasti sejauh mana kejayaan BoBoiBoy apabila ditayangkan nanti. Setelah berbincang, kami bersetuju untuk menggunakan formula "pilot" dan "season break". Dengan ini kami dapat melihat reaksi dari penonton. Dari reaksi yang kami terima untuk episod 1 hingga 4, kami dapat menggunakan maklumat tersebut untuk membuat siri yang lebih sesuai untuk penonton.

Sebagai contoh, pada peringkat awal, kami mensasarkan penonton yang berumur 7-12 tahun. Namun selepas tayangan, kami mendapati penonton remaja dan awal dewasa juga meminati BoBoiBoy (lebih dari 50% adalah penonton remaja dan awal dewasa). Maklumat seperti ini membantu kami untuk mencipta episod yang lebih dekat dengan penonton. Selepas ini anda akan dapat lihat siri BoBoiBoy lebih cenderung kepada remaja juga.

Untuk tahun ini BoBoiBoy akan muncul dengan episod baru sebanyak 3 kali iaitu bulan Mac, Julai dan Disember (cuti sekolah). Untuk mengelakkan siaran ulangan yang banyak pada musim ke-2, kami sedang mempertimbangkan untuk memulakan musim ke-2 pada Jun 2012. Bermakna episod-episod baru akan ditayangkan pada bulan Jun dan juga Disember.

3) Siri baru

BoBoiBoy adalah siri animasi baru. Dari minggu ke minggu, semakin ramai yang menonton BoBoiBoy. Namun bagi penonton baru, mereka terlepas episod-episod awal. Siaran BoBoiBoy diulang bagi memastikan untuk penonton baru dapat mengikut jalan cerita BoBoiBoy dari awal lagi. Ini amat penting kerana siri BoBoiBoy berkesinambungan.

Apa pun, kami krew Animonsta menjanjikan hanya yang terbaik. Kami meminta maaf sekali lagi kepada penonton dan peminat yang kecewa dengan siaran ulangan BoBoiBoy. Kami harap peminat faham dengan situasi ini.

p/s: Pihak TV3 dan Animonsta sedang bekerjasama untuk pertandingan "BoBoiBoy Terbaik!!!". Nantikan next entry diblog ini mengenai peraduan ini!

114 Response to "Episod Ulangan BoBoiBoy"

  1. amirrulhanifah Says:

    Alhamdulillah.. sekarang sudah jelas.. jadi pasni tak perlu la condemn animonsta atau tv3

  2. Wan Azril Syazrin Says:

    ha..penjelasan yang bagus...orait animonsta

  3. Anonymous Says:

    weh aq dah on the way ke 40 ni pun suka tengok boboiboy...terbaeeek~~~ kih7... -fullbringer-

  4. Anonymous Says:

    bila nak jual barangan boboiboy? spt cap boboiboy ke...

  5. Anonymous Says:

    okk..faham..tq..terbaeek..

  6. Rocky Raccoon Says:

    Barangan BoBoiBoy akan mula dijual bulan May secara berperingkat. Nanti kami akan announce bila sudah launch.

  7. Anonymous Says:

    yeay nk brg yaya.. sgt comel.. mau tshirt boboiboy :)

  8. Anonymous Says:

    well.. they had say, so thanks for the information, so that we can wait till the next episode to show up!

  9. Anonymous Says:

    ptt la ari 2 tbe2 boboi boy bt ulangan ingt kn terslh pasang ke pe ...... apepe pon tanks for the information .....terbaaaiiiikkk !!!

  10. Anonymous Says:

    Kalau dah kaya sikit, Animonsta beli la peralatan/perisian lebih canggih. Bagi lagi bagusss...

    Lepas ni buat watak binatang yg blh berpantun pulak...

    All the best!

  11. Anonymous Says:

    Ramai hanya pandai komen, tetapi pada hakikatnya jika mereka faham kekecewaan ini akan terubat, untuk menghasilkan satu saat (24 frame images) memerlukan beberapa jam itupun jika komputer canggih, perahan idea, kekurangan krew...pelbagai lagi masalah...itu belum lagi perbincangan skrip, storyboard dan jalan cerita....rasanya untuk menghasilkan animasi 3D yang terbaik seperti boboiboy memerlukan perngorbanan tinggi...sebagai seorang yang faham mengenai produksi ini..saya amat berbangga dan akan terus menyokong...terima kasih kerana dapat menghasilkan animasi 3d yang terbaik...

  12. Anonymous Says:

    Pada rasa, jika ramai orang komen dan ramai orang kecewa...itu adalah positif....kerana mereka suka pada boboiboy...mereka sayang pada boboiboy...mereka tak sanggup menunggu...kalau tak masakan mereka kecewa...semua ini petanda baik untuk animasi boboiboy....terbaik...

  13. fazmys Says:

    sbnarnya mereka yg diluar bidang rendering 3D ni tak faham utk menghasilkan seminit cerita memerlukan tempoh lama untuk proses rendering sahaja..blm lg proses wat pergerakan animasi lg..

    apa kata,tambahkan dlm web ni ringkasan kerja/sebalik tabir kerja2 animator nih..baru dorg faham kot..mau berasap komp kalau nak wat 20mnt animasi..

    ape2 pun, BoboiBoy Terbaiiik

  14. anak_malaysia Says:

    kalau boleh jaga penggunaan bahasa...saya hairan kartun tempatan guna bahasa rojak sikit2 dibenarkan utk disiarkan padahal kartun alih suara guna bahasa rojak sikit2 pun boleh ditolak. memang tak wajar guna bahasa rojak di depan anak2 muda yg dibebani kontroversi PPSMI, cuma saya selaku penterjemah kartun alih suara inginkan stesen TV (dan studio animasi) tegakkan keadilan ketika membeli rancangan kanak2 khususnya pasal penggunaan bahasa.

  15. Anonymous Says:

    terbaek

  16. 2 and a Half Men Says:

    salam, nak lontarkan cadangan, kalo terima la... oleh kerana season break BoBoiBoy agak panjang dan beberapa kali, maybe y'all boleh berkerjasama ngan pihak majalah komik etc or y'all sendiri hasilkan side story BoBoiBoy bg setiap watak ke dalam bentuk komik, seminggu or 2 minggu satu episod komik, sbg promo xtra kepada universe BoBoiBoy...

  17. Anonymous Says:

    terima kasih atas penerangan mengenai siaran ulangan...

    tahniah diucapkan kerana berjaya menghasilkan animasi 3D yang tinggi kualitinya..

    moga-moga projek BoBoiBoy The Movie berjalan lancar.. err DVD bila nak keluar? hee hee hee... TERBAEK!!!

    daripada peminat yang berumur 45 tahun.

  18. Anonymous Says:

    law kuar barangan boboiboy aku nk cap mcm tu...terbik tu....

  19. Anonymous Says:

    semoga berjaya!!!

  20. Anonymous Says:

    dengar cerita seorang boss animonsta sudah tukar kereta sport lepas dapat sponsor? betul ke ? terbaikk

  21. Anonymous Says:

    terbaek! tapi ahad ni tak ada boboiboykan? Lamanya nak tunggu. DVD tak ada ke?

  22. irfan jaybeezz Says:

    owh gitu ok lah boboiboy mesti yang terbaek!!!!!

  23. nabiha Says:

    SAYA PUN MINAT... OMOR 23,, HEKHEKHEK..

  24. Anonymous Says:

    tingkatkan prestasi..dlm episode 1 shj sudah byk complain dr peminat..kalau blh tlg kira brp % rungutan dr peminat..supaya kami blh menilai peningkatan tersebut.kami perlukan peningkatan..bkn sekadar di beri penjelasan.filem animasi pd masa kini makin canggih dan maju (kami memahami bahawa tenaga kerja juga ada berkaitan dengan masaalah ini) tetapi setiap penerbitan pasti mempunyai akar dan perancangan yg strategik dan lagi 2 perkara yg rasanya kami perlu tahu.
    1) setiap episod akan di ulang brp kali ?
    2) blh ke pihak animonsta memberi info jadual waktu setiap siaran ulangan dan setiap siaran episod terbaru?
    (byk hal yg bersangkut paut: perancangan keluarga/peminat yg tertinggal episod yg lepas).
    ..................................................
    bagaimanapun
    sy sokong Boboiboy selaku peminat setia.terbaik !! hehehe
    tQ :http://www.facebook.com/AdamzGendutS.IrfanDidutZ

  25. Rocky Raccoon Says:

    Terima kasih atas feedback dan sokongan anda semua. Kami akan announce mulanya episod baru di Jun menggunakan promo secara online dan menerusi TV3. Korang semua memang Terbaekk!!!

  26. yanie Says:

    baru la hm knape episod ulangan..terima kasih kerana mmberi pnjelasan yg jelas..

  27. Azlan Says:

    Terbaik!!

  28. Nadia Says:

    terbaik..:)

  29. Anonymous Says:

    sokong katun animasi terbaek malaysia......go animonsta n boboiboy...terbaeekkkk

  30. Anonymous Says:

    boboiboy pasti ada waktu mereka bermain,saya tenggok mereka asyik lawan je

  31. Anonymous Says:

    antara upin & ipin dan boboiboy....boboiboy laa yg pling best....btul x ?? sape skong sye ... ?

  32. Anonymous Says:

    sye skong....

  33. AderienAhmad Says:

    apa2 pon boboiboy memeng best.. aku yg umo 26th ni pon dh giler kan citer boboiboy ni...hikhikhik~~ ^_^

  34. Anonymous Says:

    nicee kartun beb

  35. Themostyle_azri Says:

    BoBoi boy cartoon kegemaran saye...Dan saye berharap Boboiboy pun akan berjaya seperti mana upin dan ipin..semoga berjaya...terrrbaikkkk....

  36. nabilahnajah89 Says:

    alrite..... x kisah la... ulang brape kali pun.... janji citer boboi boy ni dapat ditayangkan sehingga ke episod terakhir... hehehehe.... biar sama naik dgn citer upin & ipin.... hhehehehe.... 2-2 citer animasi ni mmg yg terbaek la...... syabas semua..... teruskan berjuang.... heeheheh

  37. Anonymous Says:

    terbaik

  38. Karya Hakim Says:

    TERBAEK......

  39. Anonymous Says:

    ok......terbaik

  40. Anonymous Says:

    mcm mana nak amik ramai crew, bos dah pakai kereta sport. so skrg kena byr lebih la utk keta sport

  41. Anonymous Says:

    pertandingan Boboiboy terbaekk??? memang terrrbbbaaaekkkk~~~!!!!

    www.facebook.com/deffuser16

  42. Anonymous Says:

    oh yeke..klu bole teruskan la episodnya..da jadi demam boboiboy da sekarang..anak sedare saya suke tgk dn smp da hafal setiap skrip yg ad di setiap episod..ceritanya sangat menarik..sehinggakan saya sendiri sudah jatuh hati dengan boboiboy yg sgt comel..saya yakin tak lama lg akan ad keluaran topi. baju dan anak patung..tak lupa juga pada bola kuasa bobiboy ocobot..sy harap boboiboy akan diteruskan seperti cerita upin ipin..byk episod untuk setiap hari..hehe..love boboiboy..

  43. Anonymous Says:

    dah agak dah...bila baca pasal kekurangan pekerja dalam suratkhabar pun dah boleh agak kenapa boboiboy asik diulang-ulangkan...mula2 kecewa lah jugak sebab tak dapat bergelak sakan tapi lepas tu mula faham...apa2 pun..keep up the good work...korang memang terbaeeekk..!!

  44. Anonymous Says:

    terbaik....patutlah asyik diulang ulang banyak kali macam upin dan ipin betul3 hahahhahahah and boboi boy terbaik!

  45. Anonymous Says:

    boboiboy ni nak bersaing ngn upin ipin ker?

  46. NUARAHMAN Says:

    Terbaik! Suka cartoon ni..effect die lg best dr upin ipin..
    Btw...blog ni xbole nak follow ke?

  47. Anonymous Says:

    boboiboy mantap!!!!lama dh inginkn cartoon gnie...ganding bahu la dgn 'disney' utk buat movie....sy doakn anda smua..

  48. Kuyeh_Wilcha Says:

    tp kit0rang x puas lg laaa...
    hehehehe..
    terbaek!!

  49. Nur Says:

    This comment has been removed by the author.
  50. Anonymous Says:

    ooo...baru saya paham.... anyway gud luck pada team produksi, saya sebagai peminat sentiasa menantikan hanya yg terbaik dari boboiboy...

  51. mowwsheee2. Says:

    semua org pun macam dah kene program...asyik terbaek..
    terbaek jer..tp ak pom same jugak..terbaek..
    frust lur..lps nie da kene smbung blaja..x bole tgk lar Boboiboy kat tv...tgk tv ngan tgk dr intnet nie laen rasanya...
    tp xkesah la...
    asal bole tgk..
    btw..good job u guys..
    dah lama tunggu citer kartoon yg mesra rakyat macam nie..

  52. Naguib Says:

    Terbaik!!!!

  53. Unknown Says:

    bwat ep bru nnti kank2 di dunia sedih kwan2 saye x henti2 ckp psal awak

  54. Anonymous Says:

    NAMA:AHMAD FIRDAUS BIN ZAZALEE
    UMUR:11 TAHUN(2011)
    ASAL:AYER TAWAR,PERAK







    Saya harap pihak produksi melakukan dengan segera.....jika krew sudah meningkat...diharap pihak produksi dapat buat lebih banyak episod sekurang-kurangnya 20 episod

  55. Anonymous Says:

    TerBaik!

  56. ♥ Zul Fadli ♥ Says:

    terrbaeekkk ~

  57. anis.farhana Says:

    laaa......ingtkn ape la.........ptut ar dlm utube episod yg sme jerk....huhuhu...apa2 pown jnji TERBAIK....!!

  58. Anonymous Says:

    alaa...xyah la ulang..:(
    urmm seng2 sye nk bli 1 dvd boboiboy dr mle smpai abis..^_^
    boboiboy mmg terbaeeekk..cayalah..n_n

  59. E-jat budak happy Says:

    cerite asik ulang je dah bosan dah..... duat lh episot lain.....

  60. Anonymous Says:

    hujung tahun ni? ceh baik xyah.

  61. SD Says:

    olooo... lmbatnye lg julai... xsabar dah ni nk tgk... BoBoi Boy, Terbaik...! :)

  62. Anonymous Says:

    patut ar...gitu ruper nyer.......terbaik ar boboiboy....

  63. Anonymous Says:

    Empat orang anak saya mengeluh kerana tidak dapat menyertai peraduan boboiboy-kerana (faktor usia..dh terlepas) berusia dari 20 hingga 25 tahun. Saya berusia 53 tahun, memang meminati kartun dari zaman kanak-kanak dulu...yang ade kartun-kartun disney...namun kini ade upin ipin dan boboiboy...teerrbbaaeek.

  64. Anonymous Says:

    ok....we understand now...janji cerita BoBoiBoy best.....heheh

  65. JuSt SmILe Says:

    alhamdulillah~
    ha!!!bru jelas
    nie x sye n the geng sume tertnyer2~
    hoho
    orito

  66. Anonymous Says:

    rancangan boboiboy sepangjang tahun?? Terbaek!!!
    sebagai penyokong animasi Malaysia, kami sanggup menunggu!!

  67. Anonymous Says:

    TAK KISAH PUN

  68. Anonymous Says:

    walaupon lambat sikit

  69. Anonymous Says:

    salam,pd mula nye rse mcm klakar usia 20thn minat mnonton boboiboy. tp tak sangka ada yg mncecah 40thn pon meminatinya jgk . ini mmg trbaek~~ hope episd boboiboy dpt di pnjgkn lg . hehee . all the best!

  70. Unknown Says:

    alaaaa..tak sabar da ni...lame lagi nak tgu ni..alaaa

  71. Anonymous Says:

    berapakah had maksimum bagi crew animonsta??
    saya cuma ingin tahu..... berkemungkinan saya boleh apply untuk menyertai crew tersebut

  72. Anonymous Says:

    terbaik hanya boboiboy....
    trimas atas xplanation nya...
    terbaik~

  73. Anonymous Says:

    terbaik boboiboy ....... saya tak dapat hadiah ...............uuuuuuuuuuuuuummmmmmmmmmmmmmmmmmmm
    saya suka cerita boboiboy dan saya suka si kupang haahhahahahahah keelakar sangat lah si kupang





    daripada saya : aima nadia alamat rumah : 3551 lorong cahya aman 2a kuching sarawak .

  74. Anonymous Says:

    saya nak episode baru gak..!!!
    boring r asyik2 episode ulangan..!!!

  75. makemesmile:) Says:

    asalamualaikum...maaf..saya disini hanya nak komen ckit jew...saya stuju boboiboy bwat mcm nie...tp x ker rasa kamu sumer masih ketinggalan zaman lg...skarang sudah tahun 2011..ader lg ker cerita ulang2 mcm astro..x patut bg alasan krew x ckup..nak bwat satu slot makan mase...mner kualiti kartun malaysia mcm nie...baru meletup ckit dah heboh mcm2..spatutnyer klu lum yakin dpt puaskan penonton jgn siarkan...nie siap ulang2 lg..gantikan dengan cerita lain dah la..teknologi korg dah ckup sempurna baru buat kartun..jgn seperti melepaskan batuk ditepi tangga..malu la dengan negara luar...maaf jika berkecil hati..terima kasih..

  76. Anonymous Says:

    Memang Teruja abis tgk boboi boy..Macam x caya produksi malaysia boleh buat macam ni ..mmg terbaeeeekkkk..teruskan usaha animonsta ..Malaysia boleh..

  77. Anonymous Says:

    Nak tanye skit boleh x....?apsal karakter citer boboiboy ni hanye ade orang tua dan kanak2...mane pergi remaje2....saje tanye..

  78. mdfaizal Says:

    hehe, aku ingat ulang2 sbb tv3 tak bayar lg korang utk 4 episod awal. haha

  79. Anonymous Says:

    boboiboy mmg terbaek....xsabaq nk tgk muve plak :P

  80. Anonymous Says:

    Bila nak umumkan nama2 pemenang peraduan terbaik BoBoiBoy ha?

  81. Anonymous Says:

    aku nak jumpa boboiboy laa.. bila boboiboy freee...??

  82. Anonymous Says:

    aku nak nombor telefon

  83. Unknown Says:

    kan bagus kalo gune konsep hasil dlu sepenuhnya baru tayang....hurmmmm

  84. Anonymous Says:

    hurmm... mcm nie la :)
    x perlu lah marah2 lg sbab x dpt tengok cite boboboi ;)

  85. Nur Ashiqin Says:

    Betul ke pihak Animonsta kekurangan animator? cita2 saya nk jadi animator! Nanti saya besar nk kerja dekat Animonsta! Dan saya hanya tunggu episode BoBoiBoy yg terbaik!

  86. Anonymous Says:

    tak de toys boboiboy ker..? anak saye umur 1 tahun 3 bulan suke betul dgn boboiboy..nak pujuk kalau die menagis sebut boboiboy jer die terus diam..dgr lagu boboiboy die goyang2 badan.. baru nak blaja cakap..tapi die paling suke sebut boboiboy.(walau pun pelat bunyinye..)

  87. nik azizi Says:

    sebenarnya mereka yang diluar bidang rendering 3D ni tak faham utk menghasilkan seminit cerita memerlukan tempoh lama untuk proses rendering sahaja..blm lg proses wat pergerakan animasi lg..

    apa kata,tambahkan dlm web ni ringkasan kerja/sebalik tabir kerja2 animator nih..baru dorg faham kot..mau berasap komp kalau nak wat 20mnt animasi..

    ape2 pun, BoboiBoy Terbaiiik

  88. boboiboy fan Says:

    terima kasih pihak animonsta krane bagitau kitorang

  89. Anonymous Says:

    Ooooh..macam tu rupenye..:)

    peminat Boboiboy sabar ye. :) kire hebat la animonsta dapat hasilkan animasi 3D sebaik ni walaupun asal2 tenaga kerja ade dalam 4 orang je(rasenye la hehe yang pasti sikit jek awal2 kan?).
    sebagai peminat animasi, saya faham bahawa animasi 3D memerlukan masa yang amat panjang walaupun untuk membuat animasi untuk jangka masa seminit. Diharap peminat2 lain dapat faham dan memahami serta berdoa agar animonsta mendapat lebih banyak crew selepas Boboiboy ni dah popular kat TV.
    Keep up the good job Animonsta! may this studio grows into a big one and produce more Malaysian Animation.

  90. Anonymous Says:

    BoBoiBoy lebih kacak n lebih handsome masa jadi jahat tu
    pastu lagi hebat
    tapi yang keasiaanya kwn2 boboiboy tu

  91. Anonymous Says:

    takpe asal kan dapat menonton cerita boboiboy yang 'terbaik' ini > TERBAIK!!

  92. Anonymous Says:

    boboiboy taufan 97% lebih handsome berbanding boboiboy halilintar: TERBAIK!

  93. loVe puRpLe Says:

    BoBoiBoy mantap n terbaik (^-^) Good Luck =D

  94. Anonymous Says:

    kalau ada game boboiboy kan best.

  95. Anonymous Says:

    ank sya menontot Boboiboy seawal usia 1 thn dan sgt meminati watak animasi ni sehingga blh mnghafal cerita ini dr episod 1 hingga akhir....tahniah!!!! pd animosta

  96. Anonymous Says:

    kalo boboiboy di indonesia tu masih musim 1 dan di ulang2 jadi saya selalu melihat di youtube tpi yg saya tonton masih sampai episod 4
    jadi lebih baik baik crewnya di tingkatkan

  97. boboiboy halilintar Says:

    semangat kakak2 crew boboiboy di tunggu relesed.Terbaiikk :D

  98. Anonymous Says:

    ohh macam tuh kenape tak cakap awal awal

  99. Anonymous Says:

    kami tunggu episode yang selanjutnyaaaaaaaa....... terbaikkkkkk

  100. Abah for Two Muhammad Says:

    ada jual topi bobiboy tu tak?
    saya nk beli utk anak saya...

  101. Anonymous Says:

    saya hendak beli topi boboiboy halilintar utk anak sya.. dimana kah boleh saya membelinya??????

  102. zulfadhli Says:

    ok...saya faham....dan saya harap krew animonsta menepati janji yg telah krew animonsta buat

  103. Anonymous Says:

    Hmm....
    kalau betul ada movie boboiboy....
    boleh nana tau tak apa tajuknya?

  104. Anonymous Says:

    Ada jual topi boboi boy? saya nakk sgt beli. aksesori lein jugak. tima kacih
    norhafizah29@gmail.com

  105. Anonymous Says:

    Agak2 boboiboy neh ad x mase diorg dh besar...
    mesti smart kalo dh dewasa..

  106. Unknown Says:

    kejap2....nak tanya boboiboy yang episode 13 apasal tergantung????ataupun tidak disiarkan lagi????terangkan sikit....sorry...

  107. Unknown Says:

    Alahai, kenapa musim 2 episode 13 tak da continue. Tolong cerita sikit di fb...
    Adik saya jadi tak minat dah boboiboy kerana ulang yg sama

  108. Unknown Says:

    Boboiboy musim 3 dah tamat ye? Ada khabar soalan boboiboy musim 4?

    Saya di Indonesia, baru tengok sampai musim 3 episode 13. Nak tahu kelanjutannya. Terbaik lah Boboiboy! Tapi Fang lagi popular!♡ Hahaha...

  109. Unknown Says:

    Please tell me how to send fan mails to Boboiboy I really want to send one

  110. Pengobatan Herbal Penyakit Rematik/Rheumatoid Arthritis Says:

    This information is very useful. thank you for sharing. and I will also share information about health through the website

    Walatra Berry Jus
    Cara Mengobati telapak kaki Berlubang
    Tips Menghilangkan Wajah kusam
    Cara Mengobati Bisul
    solusi masalah kewanitaan
    Pengobatan alami Tipes

  111. Obat Kaki Bengkak Alami Says:

    at this time I will share articles about health hopefully can be useful for everyone.

    Mengobati Cacar Air Dengan Herbal
    Bahaya Penyakit Kanker Payudara
    Cara Membasmi Penyakit Kudis Dengan Cepat
    Obat Kanker Usus Besar
    Cara Mengobati Penyakit Leukimia

  112. Cara Alami Mengobati Infeksi Rahim Says:

    Thanks for sharing the information

    Pengobatan Atasi Penyakit Kencing Manis
    Tips Untuk Mengobati Kencing Batu
    Obat Untuk Mengikis Batu Ginjal
    Pengobatan Atasi Radang Usus Buntu

  113. yanmaneee Says:

    retro jordans
    bape clothing
    yeezy supply
    supreme
    birkin bag
    supreme clothing
    stone island hoodie
    kyrie 7
    jordan shoes
    jordan shoes

  114. pytho Says:

    go to my blog replica gucci bags go right here site link Get More Information replica bags china

Post a Comment